Peta Minda

      

                                       KEKUATAN DAN KELEMAHAN PETA MINDA

          Peta minda merupakan salah satu alat berfikir yang digunakan untuk meningkatkan pemahaman dalam proses pembelajaran.Seseorang dapat melakar peta minda yang mudah dengan meletakkan isi atau idea utama di tengah dan cabang-cabang idea di sekelilingnya.Nota bergambar atau visual iaitu peta minda lebih berkesan berbanding nota konvensional yang hanya mempunyai perkataan.Penggunaan peta minda sangat meluas diseluruh dunia selepas dipopularkan oleh personaliti televisyen dan penulis buku-buku berkaitan otak iaitu Tony Buzan.Peta minda dapat digunakan dalam proses mencari idea,ringkasan pembacaan dan nota.Gambar berikut adalah contoh peta minda :


                                                                                            sumber:www.mind-mapping.co.uk


KEKUATAN PETA MINDA


  • Memudahkan proses pengambilan nota ketika proses pembelajaran berlangsung
          Membuat peta minda yang ringkas di dalam kelas lebih cepat berbanding cara pengambilan nota secara konvensional kerana seseorag hanya perlu mencatat idea-idea utama dan penting oleh itu saya dapat menumpukan lebih perhatian untuk mendengar penjelasan guru.

  • Meningkatkan pemahaman dalam sesuatu perkara  
       Bentuk peta minda yang ringkas dan mudah memudahkan proses pemahaman dalam pembelajaran.Oleh itu seseorang dapat memahami sesuatu pelajaran yang sukar.Misalnya dalam matapelajaran fizik,kimia dan sejarah penggunaan peta minda membolehkan saya memahami sesuatu konsep dan fakta dengan lebih baik.

  • Menjadikan proses pembelajaran lebih menarik
               Peta minda yang menarik dan bewarna-warni menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.Penggunaan warna-warna yang terang dan segar seperti kuning,merah dan biru membantu untuk mengelakkan saya daripada berasa mengantuk ketika belajar.

  •  Berkesan dalam proses pencarian idea(brainstorming) 
               Saya dapat menambah idea pada bila-bila masa sahaja pada tempat kosong yang ada.Selain itu,cabang-cabang idea yang ada dalam peta minda memudahkan saya untuk mengenalpasti hubungan sesuatu perkara dan ini mempercepatkan proses pencarian idea.


  KELEMAHAN PETA MINDA
  • Memerlukan gambaran keseluruhan
                  Untuk membuat sebuah peta minda yang berkesan seseorang perlu terlebih dahulu memerlukan pemahaman yang menyeluruh tentang sesuatu topik.

  • Peta minda yang dibuat sukar untuk difahami orang lain
                    Semua orang mempunyai gaya pemahaman yang tersendiri tentang sesuatu perkara oleh itu peta minda yang kita buat mungkin sukar difahami oleh orang lain disebabkan oleh gaya dan pemikiran dan penulisan. 

  •  Mengambil masa
Ianya agak mengambil masa yang lama untuk membuat peta minda yang lengkap dan cantik.Bagi sesetengah orang yang sibuk,mereka tidak mempuyai masa untuk membuat peta minda sebegini.


      Walaupun terdapat kelemahan,peta minda tetap merupakan alat berfikir yang berkesan.Disamping meningkatkan kreativiti, peta minda juga mampu menjadikan proses pembelajaran kita menjadi lebih menarik dan berkesan.
                   

         

Comments

Popular Posts